20080201

PERSATUAN PENIAGA-PENIAGA PASAR JAWA

Persatuan Peniaga-Peniaga Pasar Jawa (4Pasar Jawa) adalah persatuan yang ditubuhkan dengan kesepakatan semua ahli perniagaan di Kompleks Perniagaan Pasar Jawa. Objektif 4Pasar Jawa adalah menjaga kepentingan dan kebajikan ahli-ahli dan meniup semangat supaya bekerja keras dalam mewujudkan peniaga yang berdaya maju dan berdaya saing .

AKTIVITI-AKTIVITI PERSATUAN PENIAGA-PENIAGA PASAR JAWA SEPANJANG TAHUN 2007.

Julai 2007 - Mesyuarat Agung Persatuan
September 2007 - Gotong Royong Menyambut Ramadhan
- Majlis Doa Selamat dan Tahlil Menyambut Ramadhan
- Promosi Jualan Aidilfitri
Oktober 2007 - Majlis Rumah Terbuka dan Sambutan Hari Raya Pasar Jawa
Disember 2007 - Hari Keluarga dan Lawatan ke Langkawi
- Majlis Korban dan Sambutan Hari Raya Aidil Adha.

Profil Persatuan Peniaga-Peniaga Pasar Jawa

Pengerusi : EN. ABDUL YAZID BIN YAHAYA
Naib Pengerusi : EN. JAAFAR BIN MOHAMAD
Setiausaha : EN. HALIM BIN GHAZALI
Naib Setiausaha : PUAN ALMIAH BT SOHOD

Bendahari : USTAZ HASSAN
Naib Bendahari : PUAN HASLINA
AJK : TUAN HAJI AMIN BIN MAULAN
EN. SALLEH
EN. AMIRUDDIN
PUAN KAMARIAH
PUAN HALINA

Alamat : NO. 37, KOMPLEKS PASAR JAWA, JALAN HARPER, 41400 KLANG SELANGOR DARUL EHSAN.

No. Telefon : 03-3343 4194 / 013-343 3473 Fax : 03-3343 4194
Web : http://pasarjawa.blogspot.com/

Selamat Datang Ke Pasar Jawa

Pasar Jawa merupakan satu-satunya kompleks perniagaan Melayu yang masih kekal di Bandar Klang. Terletak di Jalan Pasar, Klang bersebelahan Masjid Bandar Klang (sedang dalam pembinaan).

Pelbagai produk dan perkhidmatan keluaran usahawan Melayu terdapat di Pasar Jawa. Pasar Jawa terkenal dengan produk dari industri makanan, herba, perubatan tradisional, kraftangan, pakaian, buku, keperluan majlis perkahwinan, dan terdapat pelbagai perkhidmatan antaranya percetakan dan pengiklanan, andaman pengantin, pusat kecantikan, menjahit pakaian, agensi pekerjaan, pusat latihan memandu, kedai potong rambut, perkhidmatan fotostat, cetak kad undangan dan sebagainya. Justeru itu Kompleks Pasar Jawa telah menjadi 'one stop centre' bagi pelanggan-pelanggan di Klang, Shah Alam, Petaling Jaya, Kuala Lumpur dan di sekitarnya.

Kompleks Pasar Jawa telah menjadi pemangkin ekonomi orang Melayu dalam pasaran domestik dan unggul sebagai pusat memasar produk industri desa dan iks selama lebih 40 tahun di Bandar Klang.